Monday, May 9, 2011

Paranoid, Symbiology bla bla bla

Ya. Post aku dalam bahasa Melayu kali ini. Sekarang, aku ingin bercakap tentang the current events di kalangan orang orang melayu kita. Pasal apa? Pasal benda - benda yang berkaitan dengan freemason dan illuminati ni. Siapa - siapa yang ada tengok cerita The Arrivals dalam youtube gerenti terkejut dengan message - message yang di sampai kan. Ya, memang betol. Freemason dan illuminati memang wujud. Tentang theory new world order tu. Saya tidak berani nak komen. Bukan itu point saya sekarang. Point saya sekarang adalah tentang paranoia orang - orang kita dengan barang - barang macam ini. Asal jumpa benda segi tiga sikit, terus illuminati, asal jumpa benda bulat kat satu logo ka apa ka, terus di kait kan dengan illuminati dan dajjal al - maseh.

Well, biasa la orang kita, bila kita tunjuk sikit benda - benda dalam arrivals tu, lepastu kita main sikit dengan fakta, orang kita terus percaya bulat bulat. Hebat kan melayu. Bila kita jumpa benda baru, sama ada kita akan terima bulat bulat atau tolak bulat bulat. Kita bukannya pandai nak buat research, cari fakta. Bila tengok je arrivals, kita akan cakap, "a a. betol ni. ish. tak leh jadi ni. LAKNAT YAHUDI!" itu yang kita cakap. Asal benda pasal yahudi je, kita semua terus sensitive. Cakap semua demi Islam la apa. Tapi kan, kalau tak silap aku, sedang kan Nabi Muhammad S.A.W pun boleh bertoleransi dengan yahudi. Apatah lagi kita umat nya. Ada satu kisah dulu yang aku dengar dari tablir dekat masjid dekat area perumahan aku ni. Pasal yahudi, aku sokong gak. Kalau tak silap aku, cerita nya gini,

"Padu satu hari, baginda Rasulullah S.A.W sangat sedih, maka sahabat Baginda pun bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau bersedih? Maka Baginda Rasulullah S.A.W pun menjawab, aku bersedih dengan orang yahudi yang telah meninggal di pangkuanku ini. Aku bersedih kerana dia tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah memeluk Islam sebelum dia meninggal."

So, moral of the story is, sedang kan Rasul Allah lagi sedih dengan pemergian orang yahudi tersebut. Kalau orang melayu kita? Apa kita cakap? Oh, sebab kita terlalu mulia, sudah tentu kita akan cakap, " padan muka! nama pun yahudi! memang patut pun kau mati! Di laknat! tui! harap - harap semua kaum yahudi kau mati gak! Allah huakhbar!" Wau. Hebat sungguh pemikiran orang kita kan. Sedang kan Rasul Allah yang di utus kan oleh Allah S.W.T untuk membimbing kita pula boleh kasihan dan toleransi dengan orang yahudi walau apa yang diorang telah buat pada Baginda pada zaman tersebut. Ni pula kita, tak pernah jumpa yahudi depan mata pun kita sudah sumpah seranah diorang. My point is, Islam means salam. Salam means peace. So, kalau nak menegak kan Islam, kekal kan sifat mulia kita macam Rasulullah S.A.W. Ni tak, tiu tui tiu tui kita nak memberontak tak tentu pasal. Kita kena pandai bertoleransi dengan bijak. Jangan toleransi sampai makan diri. Tapi kan, sebab kita terlalu ego kan, kita akan cakap, "sampai bila kita nak toleransi???sampai bila?? entah entah sampai mati kita bila nak bertoleransi." Hey brother, aku cakap kau, Rasul Allah, kena hina, kena caci, kena tikam batu, namun Beliau tetap sabar dan bertoleransi. Tapi kalau kita? Kena hina sikiiit je, kita terus nk melenting, lepas tu, entah entah boleh berakhir dengan kes bunuh. Sebab apa? Sebab kena hina sikit je. Ni la Islam yang kau tunjuk kan tu? Maaf la brother. Aku yang banyak berdosa ni pun tau beza benda benda nyata macam ni. Apatah lagi anda anda sekalian yang memang kuat sembahyang dan baca Al - Quran.

Back to the main topic iaitu freemason dan illuminati ni. Well, ya, diorang memang wujud. Pasal world conspiracy theory tu, let me set the record straight. Nampak tak word "World Conspiracy Theory" tu? Nampak tak hidden message dalam ayat tu? Memandangkan korang selalu tengok arrivals dan suka tengok hidden message lepas tengok video video tu, mesti nampak kan? Well, aku bagi clue pasal hidden message dalam "World Conspiracy Theory" tu. Nampak tak word "THEORY" kat hujung ayat tu? Tau tak maksud theory? Kalau tak tau, google kan. Takkan benda tu pun nak aku explain. Korang kan educated. It's just that,  it's clearly stated that, itu adalah THEORY je. Well, aku tak kata kan video's tu tipu semua. Ada yang betol, ada yang bukan tak betul, just factless je. Meaning? Kekurangan fakta.

Point dia is, it's ok for all of you to be worried about this arrivals thingy. Just that, tolong lah wahai bangsa ku, saudara seagama ku. Janganlah paranoid sangat. Apa punca kita tak maju? Itu lah jawapan nya, kita terlalu paranoid. Apa?? Tak tau maksud paranoid?? Sekali lagi, tolong lah google kan je. Sebagai orang educated, anggap lah ni assignment permulaan korang untuk mula buat research sebelum buat konklusi macam - macam. But hey, everyone is entitled for ya'll opinion kan. This is just my opinion. Lepas ni terpulang kat korang pulak.

Benda bawah ni aku ambik dari blog Mr.K. Aku memang suka blog dia. Banyak point. Antara benda topic yang kene dengan topic aku sekarang is, benda bawah ni.


 kalau korang seperti manusia lain, korang akan tengok benda di atas ni, adalah satu kumpulan petak - petak kosong.
 Namun, setelah tengok video The arrivals, hasil imaginasi paranoid korang akan tengok petak petak di atas ni, jika di sambung sambung kan, akan jadi macam Star of David, logo Israel.
Lepas tu, jika anda makin paranoid, habis semua benda nak di kait kan dengan freemason dan illuminati, korang sambung sambung kan lagi garis garis kat petak petak tu, korang akan jumpa benda di atas ni.

Maka, oleh demikian, terus lah korang akan berucap astaghfirullahhalazim. Cakap, "rupa rupa nya, petak petak ni pun yahudi yang buat." Mak aieh! Tolonglah korang. Di sebab kan imaginasi korang yang paranoid la benda petak petak ni boleh wujud. Kalau korang tak paranoid, benda ni tak akan ada. Korang yang reka guna kepala otak paranoid korang lepas tengok arrivals. Bodoh la. Patut la sampai sekarang kita tak maju maju.

Baik lah, untuk memuas kan hati korang yang taksub dengan konspiracy, ni aku bagi kat korang. Apa kata, kalau lah kan kalau video arrivals tu, di cipta oleh pihak tertentu, supaya kita berfikir demikian, dan semua benda kita kait kan dengan benda benda jahat dan semua benda ada kait mengait dengan illuminati dan freemason. Tujuannya? Tujuannya supaya kita tolak semua benda di dunia, dan kita hidup macam katak di bawah tempurung kononnya semua ni illuminati dan freemason yang buat. Bila kita percaya, semakin kita tidak berani nak berdepan dengan dunia moden yang macam macam ada. Semakin kita tidak berani berdepan dengan dunia moden yang macam macam ada, semakin kita ketinggalan. Tujuan nya? Ya! Supaya kita ketinggalan, dan semua benda di sekeliling kita, kita kait kan dengan illuminati dan freemason kerana kita dah terlampau paranoid dengan benda Arrivals. Tahniah semua. Kerana anda semua telah berjaya menjayakan misi diorang tu. Apa itu? Ya, dengan jadi paranoid. Well, semua itu theory saya sahaja. hehe. Tengok? Anda semua mesti percaya kan?? hahaha! Typical!

So, moral of the story again is! Bila jumpa benda baru, tolong lah jangan tolak bulat bulat, dan jangan pula terima bulat bulat. Sebab tu la manusia cipta ayat research! Supaya kita buat research, jadi macam orang educated. Supaya kita boleh kumpul data. Kumpul fakta! Jangan main angguk angguk je.

Well, that's all for now. Mungkin saya akan cakap lebih lagi pasal benda ni kat post-post lain akan datang kelak. Like I said earlier. Everyone is entitled for their own opinion, this post is my opinion. What about you?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...