21 Julai, Epl tour. Giliran Chelsea pula yang berdepan dengan skuad Harimau Malaya. Memang aku tak saba la nak tengok match tu. Bayang kan, time Malaysia lawan Arsenal dulu tak pat tengok pasal astro tak siar kan live. Time Liverpool lawan Malaysia pun aku tak pat tengok pasal 1st, aku tinggal kat asrama, 2nd, tak tau pula ada live. Kalau tau ada memang aku zass laju laju keluar asrama tengok match tu. eergh! Then, giliran Chelsea pulak. Yes! happy la aku, pasal kali ni dapat tengok live. Tengah perlawanan tu berlangsung, ada satu incident waktu separuh masa pertama yang aku sangat hairan dan menyampah kit dengan perangai orang kita. Korang tau kan, lebih lebih lagi peminat bola sepak, dengan player Chelsea, Yossi Benayoun? Yala, orang Yahudi tu. Ni persoalan aku. Kenapa pasal dia Yahudi, bila dia pegang bola, seluruh stadium boo dia. Kalau orang boo dia pasal dia dari team lain ka apa ka, tu normal la. Tapi, pasal dia Yahudi. Haa. Ni yang aku nak bincang kan ni. Pandangan orang kita pasal Yahudi.
Dalam Al - Quran menyatakan Yahudi itu bangsa di laknat. Kita semua tau itu kan? Dan kita semua tau kan bahawasanya Rasulullah S.A.W dulu pun berniaga dengan Yahudi. Malah, ada satu cerita aku dengar dulu, bunyi nya begini, sahabat Rasulullah S.A.W melihat baginda menangis dan bertanya, "Ya Rasul Allah. Mengapa engkau menangis?" Rasul Allah pun menjawab, "Aku menangis sebab orang yahudi di pangkuan aku ini belum sempat mengucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia." Ada tengok cerita itu? Bukan itu sahaja. Waktu Rasulullah S.A.W buat Piagam Madinah korang tau kan perjanjian - perjanjian yang di nyatakan? Antara perjanjian nya ialah "Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah." Semua penduduk Madinah yang di maksud kan itu, termasuk lah orang Yahudi. So, korang tengok? Walau pun bangsa yang di laknat, tapi Rasulullah S.A.W masih boleh bertoleransi dengan meraka. Walaupun Piagam tersebut telah di khianati oleh orang Yahudi, mereka melanggar perjanjian yang ada. Tapi, kalau korang tengok baca sejarah Rasul, beliau masih boleh bertoleransi dengan bangsa Yahudi.
So, kenapa kita nak anti dengan Yahudi? Pasal isu Israel dan Palestine? Lepas ni korang mesti cakap yang aku ni, "Hey budak ni, saudara seagama kita di serang Yahudi laknat Israel tu, dia masih nak bela Yahudi. Kafir murtad dah dia ni. kene report jakim nih." Aduh aduh aduh. Yang jahil sebenarnya di sini adalah korang sendiri. Korang tau tak, Isu Israel dan Palestine tu, adalah isu berbeza. Orang Zionis. Korang tau Zionis tu apa? Pandai - pandai lah korang google sendiri cari apa Zionis tu. Satu lagi. Korang tau tak, Kebanyakann orang Yahudi tu sendiri pun, banyak yang anti Zionis. Pasal apa? Pasal bagi diorang, Zionis tu, dah bertentangan dengan ajaran sebenar Yahudi. So, pendek kata. Dalam kez kez macam ni. Yang patut kita tentang dan perangi adalah Zionis. BUKAN YAHUDI! Yang dalam stadium tu siap boo Banayoun memang dah jeles menunjukkan kecetekan ilmu pengetahuan orang Melayu Islam Malaysia tentang benda benda yang berlaku kat Israel, Palestine & Zionis. Tapi di sebab kan bangsa kita yang terkenal di Malaysia dengan sikap malas, lebih lebih lagi dalam bab membaca. Nah baca ni. Ni tentang maksud Zionis dalam bahasa English, Zionism. Bagi siapa siapa yang kurang paham bahasa English, untuk menyenang kan korang, ni pulak dalam bahasa yang orang Melayu senang paham Zionism. Selesai saja anda baca, rangkap pertama korang akan tengok Political Movement/Pergerakan Politik. Aku saran kan korang baca lebih lagi yang dalam English tu and baca part "Opposition To Zionism" "Zionism and Haredi (Ultra-Orthodox)Judaism" dalam link bahasa English.
So, korang now paham? So, bila dengar nama Yahudi or orang Yahudi. Tolong lah jangan cepat melatah and terus nak istihar perang Jihad bla bla bla dengan diorang. Walaupun diorang Yahudi, korang kene paham. Diorang manusia juga. Yang melaknat, menghukum diorang, bukan kita tapi ALLAH S.W.T. Siapa yang bagi korang hak untuk hina caci diorang? Siapa?? So, tolong lah wahai bangsa ku, banyakkan lah buat research agar korang tak main dengar cakap orang je. Main angguk angguk geleng geleng je. Itu penyakit Melayu yang susah nak cari ubat nya. Once again as a reminder. Yang di tentang kita, ialah Zionis, kerana diorang rampas tanah orang Palestine yang rata rata orang Islam. Saudara kita. Bukan dengan menghina dan mencaci orang orang Yahudi. Kerana kita perlu ingat, ada juga orang Yahudi yang menentang fahaman Zionis.
p/s Islam maksud nya salam. Iaitu Islam juga adalah agama yang aman. Jangan kerana sikap orang Islam yang bertindak melulu tanpa guna otak, nama Islam tercemar. Islam tidak ajar kita menghina orang lain. Islam ajar kita "PEACE"

No comments:
Post a Comment