Sunday, January 8, 2012

Typical Cerita & Music Romantic Sekarang.

Cerita and music romantic sekarang, hampir semua sama je. Tak semua ok, tapi hampir semua.  Nanti peminat tegar genre romantic bash aku plak nanti. haha. Well, what I meant by hampir semua sama is kerana, korang perasan tak hampir semua cerita baik filem or cerita series genre romantic and dalam music, thema and jalan cerita diorang lebih kurang sama. Tentu ramai yang tak perasan kan? Kalau ada yang perasan, good for you. Ok, ni lah antara sebab aku cakap hampir semua cara penceritaan nya sama.

Korang perasan tak:
  1.  Hampir semua cara penceritaan diorang, mesti melibat kan yang si kaya dan si miskin. Lepas tu, yang baik nya miskin, yang jahat nya kaya. Boleh jadi yang si kaya tu awal awal dah tengok si miskin tu dah jatuh cinta, or, mula mula tengok, tak suka, tapi lama kelamaan jatuh cinta. Hampir semua cerita romantic aku tengok macam ni dah sekarang. Lebih lebih lagi film or drama mainstream. Yang bukan category kaya miskin pun ada juga. As usual la, melibat kan laki dan perempuan. DUH!
  2. Lepas tu, satu lagi watak jahat yang ada. Watak jahat tu tak lain tak bukan, ibu si yang kaya tu. Of course si ibu tu tak nak anak nya bersama dengan seorang yang miskin. Jatuh standard la konon nya kan. Perasan tak? Perasan tak? contoh yang paling ketara, cerita Ombak Rindu. Ooops! Sori ombak rindu fans. XD 
  3. And oh ya. Satu lagi part yang aku tak boleh tahan is, mesti ada pihak ketiga nak berebut. Pihak ketiga tu, aku perasan, mesti yang dah lama lagi kenal kepada si yang kena rebut tu berbanding hero or heroine dalam cerita tu. Kan? kan?
  4. Ending diorang? Ni exceptional cikit. Paham paham la. Sama ada si lelaki and perempuan akhir nya dapat kawin and live happily ever after or, sama ada si lelaki or si perempuan yang mati or dua dua mati. LOL! XD


Sebenar nya, banyak lagi benda yang sama aku perasan dalam penceritaan filem or cerita series romantic sekarang. Yang atas semua tu la yang paling common sekali. Yang lain, korang cari sendiri kalau perasan. Tak kisah lah, comedy romantic ka, seram romantic ka, totally romantic ka. Pendek kata, keseluruhan cerita tu pasal cinta je, mesti benda benda kat atas tu yang selalu muncul aku tengok. Lebih lebih lagi the first 3.

Pasal bende bende camni la yang buat aku malas nak tengok cerita romantic lagi dah. Dulu aku tengok ombak rindu kat wayang pun pasal aku teman kan kawan kawan aku je. Tak sampai setengah cerita dan aku tengok character character dalam tu, aku dah dapat agak dah character ni camne, character tu plak camne and role role yang diorang main. Time tu aku dah haiz dah. Predictable romantic film. Amat amat typical sekali. Bila la lagi cerita romantic nak lari dari benda benda yang aku list kan kat atas tu? Lebih lebih lagi the first 3. Bosan la aku tengok jalan cerita yang typical camtu. Character yang main kan watak like that je. Just perbezaan setiap film or cerita series romantic is pelakon yang berbeza, keadaan susasana yang berbeza, dari negara yang berbeza, bahasa yang berbeza. Benda yang sama plak as usual lah. Sekali lagi aku ulang kan, benda top 3 atas tu yang sama. 



Dalam music sekarang pun sama gak. Tak lain tak bukan, mesti lagu lagu tu lyric dia pasal cinta je. In love, heartbreaking, mencintai seseorang dalam diam, cinta di tolak and so on. Tak caye? Buka radio and tv, or dengar balik lagu lagu dari peberet artist korang and tengok tema lagu. Asyik tema sama je berulang. Music dan cara pembawaan je yang berbeza. Tu yang buat aku jarang sangat dengar music mainstream. Kadang kadang je. 

No offence to those yang peminat tegar cerita cerita romantic and peminat music lep lep. I don't hate those romantic film, series and music. It's just that, benda yang sama je berulang ulang. Bosan dah aku tengok and dengar. Takde perubahan ke? Kalau setakat pelakon, artist, cara pembawaan dan perbezaan zaman je yang berubah, baik tak yah. Benda benda macam tu memang confirm berubah punya. Cara penceritaan tu, please la berubah. Ni permintaan dari peminat filem, series and of course, music lover.


Peace no "war" <3

2 comments:

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D and ombak rindu tak best! haha

Lord Ajyp said...

@emmet thanks bro. masih baru dlm blogging ni. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...